Siapa Yang Memerlukan Ebook Rahsia Jelita Abadi ini

Kes 1

Mereka yang mementingkan soal penjagaan kecantikan. Sekiranya anda termasuk dalam golongan ini, bayangkan betapa banyak kos yang boleh dijimat. Menggunakan apa yang terkandung dalam ebook Rahsia Muda, Jelita Abadi, anda tidak perlukan rawatan-rawatan mahal. Suntikan collagen salah satu contohnya; yang memerlukan perbelanjaan yang agak mahal dan agak mustahil bagi kebanyakkan orang (orang biasa sana sini). Juga, tidak perlu apa-apa kaedah dan cara yang sangat menyusahkan (seperti mana rawatan-rawatan lain) semata-mata untuk kelihatan anggun jelita. Melalui pengalaman saya, mereka yang (terlalu) mementingkan soal kecantikan, sanggup menghabiskan begitu banyak belanja dalam soal tersebut. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik, bukan? Tetapi teknik yang bakal saya dedahkan akan membuatkan anda tidak perlu lagi berbelanja mahal. Bahkan masa anda dapat dijimatkan dengan begitu banyak sekali. Hanya pembelian sekali seumur hidup dan anda berjaya untuk jimatkan kos + masa.

Rahsia Firnena bukan memfokuskan kepada:

Penggunaan krim, cleanser atau apa jua pencuci semata-mata untuk kulit wajah menjadi tegang. Penggunaan bahan tersebut memerlukan masa selama 3- 4 minggu untuk meresap ke dalam kulit dan kemudian baru melihat hasilnya. Dan, hasilnya disekitar wajah sedangkan saya bercakap mengenai keseluruhan tubuh. Seperti yang saya katakan, ilmu tersebut akan memastikan anda anggun, muda, jelita walaupun diketika tidur.

  • Kes 2

    Mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan ingin kelihatan anggun dan pesona. Sememangnya sekiranya anda 45 tahun ke atas, inilah masanya untuk anda kembalikan diri menjadi muda. Atas alasan? Mungkin anda mahu pasangan dan diri anda sendiri sekali lagi teruja dilamun cinta. Tahukah anda merasai nikmat cinta di kala usia sudah matang lebih indah berbanding cinta di zaman 'budak-budak'? (20 - 30 an). Ini kerana di usia 40 an anda semakin banyak pengalaman dan semakin tahu mengenai selok-belok perhubungan. Tahu bagaimana untuk menjaga erti kata cinta supaya ia tidak terbazir dan terbuang sebagaimana diketika usia muda dahulu...yang selalu marah, kecewa, merajuk lalu mengakibatkan cinta yang diidam-idamkan, pergi begitu saja...tidak merasa erti kenikmatan sebenar dalam perhubungan sesama insan yang dikasihi serta dicintai. Lalu mendirikan rumahtangga yang membawa kepada erti memenuhi tanggungjawab hidup semata-mata...kerana usia sudah sampai tahap mesti kahwin, kerana desakan keluarga, kerana tidak rela hidup sendirian dan macam-macam lagi sebab musabab yang menjadikan perkahwinan hambar. Tidak hairanlah mengikut file mahkamah syariah, 90% penceraian datang dari kaum Melayu (minta maaf menyatakan ini. Ini sebuah fakta realiti). Tahukah anda bahawasanya cinta adalah tanggungjawab terbesar di muka bumi ini? Cintalah kebahagiaan paling tulen di antara semua kebahagiaan lain yang ada.

    Oleh itu, Firnena di sini adalah untuk memberi anda peluang kedua (ketiga? keempat?) untuk anda menjadi muda semula dan kembali menikmati kehangatan cinta. Tentang lelaki tidak meminati wanita di usia tua? Jangan terpedaya dengan dakyah tersebut! Lelaki sebenarnya lebih berminat terhadap wanita matang berusia yang berjaya mengekalkan soal kecantikan. Berjaya menampilkan diri dalam keadaan anggun dan pesona. Bahkan lelaki muda lebih mudah tergila-gilakan wanita sebegini berbanding wanita yang baru belasan, atau baru mula mahu belajar erti nikmat sebenar alam percintaan. Sudah terbukti, ramai lelaki yang sanggup meninggalkan pasangan yang lebih muda untuk bersama dengan yang 'lebih berpengalaman'. Ini kerana mereka yang lebih berusia, mempunyai 'perasaan' yang lebih mendalam dan lebih kuat. Rahsia Firnena akan membantu anda kelihatan muda sekalipun usia anda sudah menjangkau 59 tahun ke atas! Jadi, jangan risau kerana peluang sentiasa ada. Cuma manusia saja yang di antara berani tak berani, serius tak serius dalam memanfaatkannya.

    Nota: Jangan mudah terpedaya dengan pengumuman usia artis/selebriti. Selalunya usia yang diumumkan jauh lebih kurang dari yang sebenar. Siapa boleh salahkan mereka? Semua orang mahu diri muda.

    Kes 3

    Bagi mereka yang inginkan agar orang tersayang kelihatan anggun dan cantik, inilah masanya. Melihat pasangan yang cantik, anggun bergaya akan membuatkan segala pertelingkahan, pertengkaran akan pudar begitu saja. Tidak dapat dinafikan seringkali soal tidak pandai menjaga kecantikan serta kesihatan diri menjadi punca keretakan sesuatu hubungan. Banyak alasan dicipta semata-mata supaya rumahtangga semakin bertambah retak, seterusnya dapat membebaskan ikatan. Apa jua alasan sebenarnya seakan-akan tak logik. Tidak perlu anda bersusah-payah pening kepala memikirkan kenapa si dia itu ini berubah dan anda pula semakin terbenam memikirkan jalan penyelesaian. Puncanya selalunya satu saja iaitu; pengabaian soal kecantikan dan kesihatan. Selalu tidak mempunyai keyakinan diri dalam mempamerkan kecantikan serta kesihatan untuk orang tersayang. Jadi, inilah masanya anda mempamerkan diri anggun sekiranya anda benar-benar mahu si dia agar tidak melangkah pergi. Sama ada anda lelaki atau wanita, Firnena - Rahsia Jelita Abadi ini akan mengembalikan keserian buat diri anda dengan cara yang tidak anda duga. Anda pasti akan berpuas hati!

    Nota: Tetapi sekiranya perangai anda sendiri yang perlu diperbaiki, maka renungilah diri dan cari jalan memperelokkannya. Namun, dengan kecantikan, kesihatan yang mempesona, seakan-akan segala masalah settled!

    Tidak lupa, orang ramai akan menyangka anda seorang yang mewah sedangkan anda tidak. Selebriti yang menghabiskan wang tidak terkira banyaknya akan dikalahkan hanya kerana anda mempunyai sesuatu yang mereka tidak iaitu: ebook Firnena - Rahsia Jelita Abadi.


    Berbalik pada pangkal utama, tanyalah diri anda sendiri. Kalau anda benar-benar mahu cantik, mempesonakan, muda, maka inilah ilmu kecantikan yang anda cari selama ini. Tiada yang dapat menandingi ilmu ini dalam soal kecantikan. Inilah penamat serta perjalanan paling hujung dalam dunia kecantikan.

    Dapatkan Ebook Rahsia Firnena Sekarang!

    Atau

    Kembali ke Rahsia Firnena


    Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada firnena@gmail.com

    No posts.
    No posts.